Helah guna SUV seludup petrol gagal, lelaki ditahan KPDN Kelantan
RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) bagi menyeludup petrol ke negara jiran gagal apabila dia ditahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dalam satu operasi semalam.
Lelaki berusia 53 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 tengah hari selepas memasuki kawasan pangkalan haram Yasin di Lubok Gong.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, ketika rondaan rutin dijalankan, anggota bertugas mengesan sebuah SUV jenis Toyota Harrier yang dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum memasuki kawasan pangkalan haram berkenaan.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemukan lima tong berisi petrol dengan anggaran jumlah sebanyak 65 liter.
“Suspek gagal mengemukakan sebarang permit dan lesen sah bagi memiliki barang kawalan berkenaan semasa ditahan.
“Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM15,251.55,” katanya memetik laporan Utusan Online.
Aswadi berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Seksyen 21 akta yang sama kerana memiliki barang kawalan tanpa kebenaran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








