BERITA SEMASA

Hari Wesak angkat nilai kasih sayang, keinsafan diri – Menteri Perpaduan

KUALA LUMPUR – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia.

Menurut Aaron, Hari Wesak mengangkat nilai sejagat seperti kasih sayang, belas ihsan dan keinsafan diri yang selari dengan aspirasi perpaduan negara.

“Kepelbagaian adalah kekuatan Malaysia. Namun kekuatan ini hanya mampu dikekalkan jika kita faham antara satu sama lain, hormat kepada perbezaan dan terima kepelbagaian sebagai sebahagian daripada identiti negara.

“Nilai-nilai ini (iaitu) faham, hormat dan terima bukan hanya untuk ditutur, tetapi untuk dihayati dalam tindakan dan dasar kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Aaron menambah, nilai-nilai itu harus bermula di rumah, diperkukuh di sekolah, diterjemah dalam komuniti dan dipelihara oleh setiap warga negara.

Hari Wesak yang disambut hari ini merupakan hari suci terpenting bagi penganut Buddha bagi memperingati kelahiran, pencerahan dan kematian Siddhartha Gautama iaitu pengasas agama Buddha.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button