
Hari Potensi KEMAS ke-30: Misi tawan puncak Gunung Kinabalu
PUTRAJAYA – Ulang tahun ke-30 Hari Potensi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bakal mencipta kelainan apabila bendera kejohanan itu akan berkibar di puncak Gunung Kinabalu.
Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata, ekspedisi menawan puncak Kinabalu akan diketuai oleh Pengarah KEMAS Selangor, Mohd Ali Hanapiah Abu Hassan bersama dengan 10 kakitangan KEMAS Selangor.
“Kesemua peserta ekspedisi itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat ini. Mereka akan mula mendaki pada keesokannya dan dijangka tiba di puncak Gunung pada 1 Oktober.
“Saya berasa begitu teruja dan taniah diucapkan kepada team KEMAS Selangor yang bakal mendaki Gunung Kinabalu dalam tujuan untuk mempromosikan Hari Potensi KEMAS kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu, Ahmad Kamal menyempurnakan simbolik penyerahan bendera sebagai tanda membawa semangat dan cita-cita seluruh warga KEMAS dalam mencapai kejayaan dan keunggulan dalam kerjaya di sini hari ini.
Mengulas lanjut mengenai Hari Potensi KEMAS, katanya, program itu akan disambut di Dataran Kemerdekaan Bandaraya Shah Alam, Selangor.
Beliau berkata, program itu akan menghimpunkan seramai 800 kanak-kanak TABIKA KEMAS dengan menampilkan kreativiti kanak-kanak dalam acara bakat pada 3 hingga 5 November ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








