
Hanya satu import Everest Fish Curry Masala dikesan – KKM
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan hanya terdapat satu pengimportan masuk produk rempah berjenama Everest Fish Curry Masala dan tiada pengimportan masuk produk rempah berjenama MDH Curry Powder ke Malaysia, kata Kementerian Kesihatan Malaysia.
Makluman tersebut dikeluarkan susulan gesaan menghentikan penjualan dua jenama rempah dari India kerana dipercayai mengandungi ethylene oxide.
KKM berkata, Elethylene oxide sering digunakan untuk membunuh serangga perosak dan turut digunakan dalam rempah untuk mengawal cemaran mikrobiologi yang berpunca dari bakteria, virus dan kulat. Selain itu, ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci.
“Penggunaannya dalam makanan dan juga bahan bersentuhan makanan adalah tidak dibenarkan disebabkan ethylene oxide bersifat karsinogenik,” katanya lagi.
Sehubungan dengan itu, KKM menggesa
mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok
produk tersebut diarahkan untuk menghentikan penjualan produk tersebut.
Selain itu, platform e-dagang dan media sosial diminta untuk menghentikan penyiaran iklan makanan tersebut serta merta.
“Pada masa ini, KKM melaksanakan pemantauan kandungan aflatoksin, logam berat dan residu racun perosak di dalam produk rempah di semua pintu masuk negara.
“Hasil pemantauan dari 2019 sehingga April 2024 mendapati 43 sampel yang diambil mematuhi keperluan perundangan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








