Hantaran Krismas Mohamed Salah undang kecaman peminat
LIVERPOOL – Bintang Liverpool, Mohamed Salah, sekali lagi dikecam pengikutnya di media sosial selepas memuat naik gambar sambutan Krismas bersama keluarganya, semalam.
Gambar yang dimuat naik dengan kapsyen #MerryChristmas di akaun media sosial miliknya itu memaparkan Salah bersama isteri dan anak-anaknya di hadapan pokok Krismas, lengkap dengan dekorasi perayaan.
Tindakan pemain Muslim itu kemudian dikritik memandangkan sambutan tersebut bertentangan dengan kepercayaan agama Islam.
“Malu pada diri sendiri! Dari memegang al-Quran semasa perjalanan di dalam pesawat hingga menyambut Krismas. Wang telah membuatkan anda menjual agama anda. Memalukan!,” tulis seorang pengguna Instagram.
Walau bagaimanapun, terdapat penyokong yang menegaskan bahawa menghormati perayaan agama lain adalah tanda toleransi dan kasih sayang.
“Selamat menyambut Hari Krismas! Lakukan apa yang awak mahu dan pedulikan cakap orang,” kata seorang peminat di Instagram.
Ini bukan kali pertama Salah berdepan situasi serupa, dengan pada tahun-tahun sebelumnya, hantaran sambutan Krismas beliau juga mengundang reaksi bercampur-campur daripada peminat.
Salah bertindak cemerlang setakat musim ini, menyumbat 15 gol dan melakukan 11 umpanan gol, bermakna dia mendahului perebutan bagi kasut bola emas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








