LUAR NEGARA

Gunung berapi Ruang meledak lagi

MANADO – Gunung berapi Ruang di utara Sulawesi kembali meletus bermula awal pagi tadi menyebabkan ratusan penduduk di dalam radius berhampiran dipindah ke kawasan selamat.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), negara itu berkata, letusan besar itu menyebabkan pihak berkuasa menaikkan tahap amaran kepada paras tertinggi.

Dalam letusan kira-kira dua minggu lalu, sebahagian besar daripada penduduk telah dipindahkan selepas pihak berkuasa meramal letusan akan menyebabkan tsunami besar.

Debu-debu yang dilepaskan juga menyebabkan syarikat penerbangan terpaksa membatalkan penerbangan termasuk laluan Malaysia Airline ke Sarawak dan Sabah.

Rakaman letusan Gunung Ruang pada malam tadi yang tular di media sosial menunjukkan sambaran kilat yang aktif di sekitar kawah gunung dengan letusan debu yang menjulang lebih satu kilometer ke udara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button