
Genius Aulad rangkul Anugerah Inovasi Francais, tekad luaskan cawangan ke Sabah dan Sarawak
KUALA LUMPUR – Prasekolah Islam tempatan, Genius Aulad mendapat Anugerah Inovasi Francais Terbaik 2024 pada Anugerah Francais Malaysia oleh Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) kelmarin.
Ketua Pegawai Eksekutif Gains Education Group, Julie Wong berkata, Genius Aulad telah membuktikan dedikasi dan komitmennya dalam mendidik lebih 80,000 kanak-kanak selama 24 tahun serta meraih pelbagai pencapaian membanggakan.
“Perjalanan kami selama 24 tahun membuktikan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam pendidikan awal kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan media.
Tambah beliau, permintaan yang meningkat untuk pendidikan prasekolah berkualiti tinggi di Sabah dan Sarawak mendorong Genius Aulad menyasarkan lebih banyak cawangan di sana.
“Fokus kami adalah untuk memperluaskan lagi Genius Aulad ke Sabah dan Sarawak dengan sasaran 100 cawangan di masa hadapan.
“Kami bertekad menyediakan tahap pendidikan tertinggi bagi memastikan setiap kanak-kanak mendapat perkembangan yang baik dalam persekitaran kondusif,” katanya.
Sementara itu katanya, pembukaan cawangan di Bintulu telah memberi inspirasi untuk menerokai lebih banyak peluang.
“Ia memastikan anak-anak di Sabah dan Sarawak mendapat manfaat daripada program pendidikan inovatif dan holistik,” ujarnya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








