Gagal bayar tunggakan caruman Perkeso, Bubblebee didenda RM17,500
SHAH ALAM – Syarikat pengeluaran air minuman, Bubblebee Sdn. Bhd. (Bubblebee) mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pengakuan itu dibuat wakil syarikat yang juga Orang kena Saman (OKS) iaitu dua pengarahnya, Shahmira Muhamad, 40, atau lebih dikenali Shuib dan Koh Choon Guan, 33 di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi ini.
Sehubungan dengan itu, Majistret Ameera Mastura menjatuhkan hukuman denda keseluruhan RM17,500 bagi kesemua pertuduhan.
Mahkamah turut memerintahkan penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut, selain syarikat itu dibenarkan membuat bayaran ansuran sebanyak enam kali bagi tunggakan caruman kepada Perkeso.
Shuib dan Choon Guan tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Perkeso Selangor, Nur Atikah Che Sarif.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








