BERITA SEMASA

Food4U sumbang barangan dapur kepada 80 keluarga miskin

KEBAIKAN mampu mengubah detik gelap seseorang menjadi sinar harapan yang menerangi hidup.

Inilah semangat yang dibawa oleh pertubuhan amal Food4U apabila menghulurkan bantuan barangan dapur kepada 80 keluarga miskin di Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit baru-baru ini.

Pengasas Food4U, Tony Lian Kam Leong berkata, kebiasaannya, seramai 50 keluarga miskin yang layak akan menerima bantuan bulanan di stor Food4U di Semenyih.

Bantuan barangan dapur seperti telur turut diberikan kepada keluarga yang terpilih.

Namun, sempena sambutan Aidilfitri kali ini, jumlah penerima ditambah bagi memastikan lebih ramai keluarga kurang berkemampuan dapat menyambut lebaran dengan lebih bermakna dan berbekalkan keperluan asas yang mencukupi.

“Tujuan utama kami adalah untuk memastikan semua keluarga ini mempunyai makanan di atas meja dan tidak perlu merayau-rayau di jalanan demi mendapatkan sesuap nasi,” ujar beliau yang lebih mesra dipanggil Uncle Tony.

Tambah beliau, Food4U turut merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang pemurah kerana sudi membantu golongan yang sedang bergelut dengan kesusahan hidup.

“Menjangkau dan membantu mereka yang memerlukan adalah hadiah belas kasihan yang paling indah,” tambah Uncle Tony dalam kenyataannya.

Dengan semangat kemanusiaan yang tidak mengenal sempadan, Food4U terus komited dalam misi mereka membina komuniti yang lebih prihatin dan sejahtera.

Sepanjang bulan Ramadan lalu, pertubuhan itu tidak pernah terputus menghulurkan agihan makanan buat golongan gelandangan yang memerlukan

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button