BERITA SEMASA

Food4U bantu wanita alami masalah mental, beri sinar harapan buat gelandangan

KUALA LUMPUR – Kegembiraan yang terpancar pada wajah golongan kurang bernasib baik ketika menikmati hidangan dan mendapat tempat berteduh menjadi kepuasan paling bermakna buat pertubuhan kebajikan Food4U dalam meneruskan misi membantu mereka yang memerlukan.

Menurut pengasasnya, Lian Kam Leong atau lebih dikenali sebagai Uncle Tony, antara penerima bantuan yang kini diberi perhatian ialah seorang wanita gelandangan yang sebelum ini hidup di jalanan dan dipercayai mengalami masalah kesihatan mental.

Beliau berkata, wanita berkenaan telah diselamatkan oleh Food4U sebelum dirujuk kepada doktor untuk menjalani rawatan psikiatri bagi membantu proses pemulihannya.

“Perjalanan untuk memulihkan keadaannya bukan sesuatu yang mudah dan akan mengambil masa.

“Namun, Food4U akan terus menghulurkan bantuan serta sokongan yang amat diperlukan sehingga dia mampu bangkit semula,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, setiap usaha membantu insan yang memerlukan bukan sekadar memenuhi keperluan asas seperti makanan dan tempat berteduh, malah memberi sinar harapan serta mengembalikan maruah mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button