BERITA SEMASASUKAN

FIFA hargai komitmen Malaysia majukan bola sepak – Gianni Infantino

KUALA LUMPUR – Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menyatakan penghargaan terhadap sokongan berterusan kerajaan Malaysia dalam usaha membangunkan dan memajukan sukan bola sepak negara.

Dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Infantino berkata,
tumpuan diberikan kepada pembangunan bola sepak serta peluang kerjasama bagi memastikan sukan berkenaan terus memberi impak positif kepada masyarakat dan menjadi inspirasi kepada generasi muda.

“Bola sepak amat disayangi di negara yang indah ini, dan kami komited untuk terus memperluaskan akses, penyertaan serta pertumbuhannya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia atas sokongan berterusan terhadap bola sepak di sini,” katanya menerusi kenyataan di Instagram milik beliau hari ini.

Perbincangan turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Presiden Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merangkap Ahli Majlis FIFA, Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button