BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

FELCRA umum agihan keuntungan RM101 juta kepada 74,300 peserta

PASIR SALAK – Seramai 74,300 peserta Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) FELCRA Bhd bakal menerima agihan keuntungan berjumlah RM101 juta secara berperingkat, bermula hari ini.

Jumlah itu merupakan sebahagian daripada keuntungan kasar boleh agih FELCRA sebanyak RM178 juta yang dicatatkan sepanjang tempoh Januari hingga April 2025 hasil pelaksanaan 646 projek di seluruh negara.

Pengumuman tersebut disampaikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis di Pusat Benih Padi FELCRA Plantation and Services Sdn Bhd, FELCRA Berhad Seberang Perak.

Beliau berkata prestasi itu membuktikan keupayaan FELCRA mengekalkan momentum positif dengan peningkatan hampir RM2 juta berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Saya berharap agihan ini bukan sahaja menjadi suntikan kewangan, tetapi juga pembakar semangat kepada semua peserta untuk terus memajukan projek masing-masing.

“Jadikan keuntungan ini sebagai modal untuk meningkatkan produktiviti, mengguna pakai teknologi baharu dan memperkukuh daya saing agar FELCRA terus menjadi tonggak pembangunan ekonomi luar bandar,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang serta Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA, Datuk Idris Lasim.

Menurut FELCRA dalam satu kenyataan, peningkatan keuntungan didorong oleh lonjakan 81 peratus keuntungan bersih projek kelapa sawit dan kenaikan harga purata minyak sawit mentah kepada RM4,423.83 per tan.

Selain itu, kecekapan operasi yang berjaya menurunkan kos sebanyak 15 peratus dan meningkatkan hasil per hektar sehingga 49 peratus turut menjadi faktor meraih keuntungan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button