BERITA SEMASA

FELCRA terus pacu pembangunan agroekonomi luar bandar berimpak tinggi

KUALA LUMPUR – FELCRA akan terus melangkah ke hadapan dengan hala tuju jelas dalam memperkukuh peranan sebagai peneraju pembangunan agroekonomi luar bandar yang berimpak tinggi.

FELCRA Berhad kekal komited memperkasa pembangunan luar bandar menerusi pendekatan strategik merangkumi pemerkasaan peserta, penggunaan teknologi moden serta pengukuhan rantaian nilai agroekonomi negara.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, FELCRA akan terus memainkan peranan sebagai ‘strategic nation builder’ dengan memberi tumpuan kepada pembangunan menyeluruh yang memberi manfaat kepada lebih 104,000 peserta di seluruh negara.

Menurutnya, kekuatan FELCRA terletak pada kesatuan ekosistem yang menggabungkan pembangunan tanah, penyertaan komuniti serta penjanaan nilai ekonomi secara mampan, sekali gus membuktikan keberkesanan model yang telah dilaksanakan sejak enam dekad lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA, Mohamed Ismi Abdul Majid berkata, fokus turut diberikan kepada aspek keterjaminan makanan negara melalui pemerkasaan sektor agromakanan serta penggunaan teknologi dan inovasi dalam pengurusan ladang.

Katanya, FELCRA turut memperluas penglibatan dalam industri biogas sebagai usaha menjana nilai tambah melalui konsep ‘waste to wealth’, selain menyokong agenda kelestarian negara.

Jelasnya, usaha berterusan itu mencerminkan komitmen FELCRA dalam memperkukuh daya tahan ekonomi luar bandar dan memastikan kesejahteraan peserta terus terpelihara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button