LUAR NEGARA

UAE bakal ganti Indonesia dalam projek bangunkan pesawat KF-21 Korea Selatan?

CYBERJAYA – Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan bakal menggantikan tempat Indonesia sebagai rakan program pembangunan pesawat pejuang KF-21 ‘Boramae’ yang sedang dibangunkan oleh Korea Selatan.

Akhbar Korea Selatan, The Financial News dalam laporannya baru-baru berkata, Pejabat Keselamatan Kebangsaan Korea Selatan telah menerima surat daripada Majlis Ekonomi Tawazun UAE yang menyatakan minat menyertai program tersebut secara langsung.

Difahamkan, UAE berbuat demikian setelah membatalkan pembelian 50 pesawat pejuang F-35 daripada Amerika Syarikat (AS).

Pembatalan itu kerana UAE tidak bersetuju dengan ‘syarat’ dikenakan oleh Washington yang mahukannya memutuskan hubungan dengan syarikat telekomunikasi China, Huawei.

Sementara itu, kegagalan Indonesia menepati janji melunaskan bayaran sebanyak 20 peratus untuk kos pembangunan KF-21 merupakan faktor utama disebalik kemungkinan tempatnya dalam program itu digantikan oleh UAE.

Sumber industri menyebut, Indonesia gagal melunaskan bayaran penyertaannya dalam program itu sejak 2017.

Sehingga Julai 2022, Jakarta dikatakan masih ‘berhutang’ sebanyak US$557 juta (RM2.59 bilion) dalam bayaran tertunggak.

Bagaimanapun, akhbar Financial News Korea Selatan itu menyatakan, jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh Indonesia adalah lebih besar iaitu sebanyak US$745 bilion (RM3.35 bilion).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button