HIBURAN

FARASU tampil Showcase Siri Jelajah ‘7 Sumpahan, 7 Benua, 7 Lautan’ di BE KL

KUALA LUMPUR – Band Metal tempatan, FARASU, bakal menggegarkan BE KL, Bandar Tasik Permaisuri menerusi Showcase Siri Jelajah ‘7 Sumpahan, 7 Benua, 7 Lautan’ pada 27 Disember ini.

Showcase anjuran Majestica Sembranica Productions itu menandakan kemunculan semula FARASU yang telah 23 tahun bertapak dalam industri muzik Metal tempatan, dengan konsep Nusantara Melodic Death Metal.

Gitaris FARASU, Nahax berkata, showcase tersebut menjadi permulaan kepada perancangan kumpulan itu untuk kembali aktif menjelajah selepas sekian lama tertangguh.

FARASU tampil Showcase Siri Jelajah ‘7 Sumpahan, 7 Benua, 7 Lautan’ di BE KL
FARASU tampil Showcase Siri Jelajah ‘7 Sumpahan, 7 Benua, 7 Lautan’ di BE KL

“Walaupun berskala kecil, kami tetap akan memberikan persembahan sepenuh hati demi kepuasan peminat,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.

Pintu venue dibuka pada 6.30 petang dengan persembahan pembukaan oleh Slythera, Ruh Arasy dan Exhuman sebelum FARASU tampil dengan setlist daripada semua rilisan mereka.

Tiket dijual pada harga RM30 (dalam talian) dan RM45 (pintu masuk), manakala pembelian atas talian ditawarkan pada harga RM36.

Acara itu turut mendapat sokongan Rockstage Entertainment, Kepala Metal Channel, The Mediator serta Daddy Rain Channel.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button