BERITA SEMASA

Enam anggota MALBATT cedera akibat serangan dron tentera Israel – Media Lebanon

SIDON, Lebanon – Enam anggota tentera pengaman Malaysia di Lebanon (MALBATT) dilaporkan antara yang cedera akibat serangan dron tentera rejim zionis di Sidon, hari ini.

Laporan media tempatan menyebut, tentera rejim melancarkan serangan itu terhadap sebuah kereta dipercayai dinaiki tiga orang awam yang sedang melalui pos kawalan Awali di Sidon.

Akibat serangan itu, ketiga-ketiga penumpang kenderaan itu dipercayai terbunuh.

Serangan itu turut menyebabkan tiga anggota tentera Lebanon dan enam anggota MALBATT yang kebetulan melalui pos kawalan tersebut turut tercedera.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi mengenai kejadian itu daripada Kementerian Pertahanan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button