LUAR NEGARA

Dua anggota tentera AS maut dalam nahas helikopter Apache di Texas

WASHINGTON – Dua anggota tentera Amerika Syarikat (AS) maut selepas helikopter penyerang AH-64E Apache yang berpangkalan di Fort Hood terhempas di Salado, Texas, pada Rabu.

Menurut kenyataan pengkalan itu, kedua-dua anggota yang berada di dalam helikopter berkenaan disahkan meninggal dunia dalam kejadian itu.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 1.35 tengah hari waktu tempatan ketika helikopter berkenaan menjalankan operasi ketenteraan.

Pesawat itu dilaporkan terhempas di sebuah kawasan lapang di Bell County, kira-kira 100 kilometer di utara Austin.

Kejadian turut mencetuskan kebakaran besar di kawasan padang berikutan serpihan pesawat yang terbakar.

“Pasukan bomba tempatan dikerahkan untuk memadam kebakaran, manakala beberapa kediaman berhampiran dilaporkan terpaksa dikosongkan sebagai langkah keselamatan.

“Pihak berkuasa dan tentera kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas. Setakat ini, tiada maklumat rasmi mengenai punca kemalangan diumumkan,” lapor agensi berita antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button