BERITA SEMASAGAYA HIDUP

Dr Suffian angkat nama Malaysia di Garmin Health Summit 2025

NEW YORK – Pengarah dan Pengasas MEGAKLINIK DR SUFFIAN (MKDS), Dr Suffian Sani menerima pengiktirafan antarabangsa apabila beliau dijemput sebagai speaker di Garmin Health Summit 2025 yang berlangsung di New York Stock Exchange (NYSE), Amerika Syarikat.

Beliau merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia yang dijemput ke acara berprestij tersebut yang menghimpunkan tokoh kesihatan, penyelidik dan pakar teknologi perubatan dari seluruh dunia.

Jemputan itu turut menjadi pengiktirafan terhadap MKDS yang kini diiktiraf sebagai pusat perubatan penurunan berat badan paling aktif di Malaysia dengan merekodkan lebih 2,000 pesakit dirawat setiap bulan.

Menurut Dr Suffian, beliau berhasrat agar pada Garmin Health Summit akan datang, MKDS bukan sekadar hadir sebagai peserta, tetapi membentangkan hasil penyelidikan klinikal sendiri di peringkat antarabangsa.

“Ini adalah peluang untuk MKDS bukan sahaja membawa nama klinik, tetapi juga mengangkat nama Malaysia dalam bidang kesihatan global,” katanya.

Garmin
Dr. Suffian Sani ketika menghadiri Garmin Health Summit 2025 di New York Stock Exchange (NYSE), Amerika Syarikat.

Garmin

Menariknya, Dr Suffian sendiri menjadi bukti kejayaan protokol rawatan yang dilaksanakan di kliniknya apabila berjaya menurunkan berat badan secara sihat walaupun sebelum ini berdepan masalah obesiti dan kencing manis.

Kejayaan beliau menjalani kehidupan aktif dengan menyertai maraton, Spartan Hurricane Heat, HYROX dan pelbagai acara ketahanan ekstrem di peringkat antarabangsa menjadikan beliau contoh kepada pesakit yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat.

Sementara itu, Dr Suffian turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh pasukan doktor dan kakitangan MKDS yang berdedikasi hingga menjadikan klinik itu pusat rujukan utama dalam rawatan penurunan berat badan dan gaya hidup sihat di Malaysia.

Dalam masa yang sama, MKDS bakal menjadi antara klinik pertama di Malaysia yang mengintegrasikan teknologi Garmin dalam protokol rawatan pesakit.

Teknologi ini membolehkan klinik mengukur tahap tenaga, corak tekanan, sistem saraf, kualiti tidur dan kecergasan kardiovaskular pesakit bagi memastikan rawatan lebih holistik, saintifik dan berkesan. Pendekatan ini turut membezakan MKDS daripada pusat rawatan konvensional yang lain.

Terinspirasi daripada pengalaman di Garmin Health Summit 2025, MKDS kini bersedia melangkah ke fasa baharu dengan menubuhkan subdivisi penyelidikan yang memberi fokus kepada bidang anti-penuaan, pertumbuhan otot dan pengoptimuman kesihatan menyeluruh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button