BERITA SEMASA

Dr Mahathir ziarah, beri semangat kepada Faisal Halim

KUALA LUMPUR – Pemain Selangor FC, Faisal Halim hari ini menerima kunjungan ziarah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke kediamannya.

Menurut Faisal, dia teruja dan menyambut baik kedatangan negarawan itu walaupun tidak menduganya.

Beliau menyifatkan kunjungan tersebut sebagai suntikan semangat untuk cepat pulih dan kembali beraksi semula di atas padang.

“Tidak pernah terjangka untuk menerima kunjungan dari insan hebat hari ini. Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga.

“Insya-Allah, saya akan terus cekal dan berusaha keras untuk kembali suatu hari nanti. Terima kasih semua kerana terus mendoakan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Pada 5 Mei lalu, Faisal diserang oleh dua individu tidak dikenali yang menyimbah asid.

Susulan insiden itu, Faisal terpaksa menjalani empat pembedahan dan kini dia sedang menjalani proses pemulihan.

Pada masa ini, pesalah masih diburu oleh pihak polis dan usaha mengenalpasti dalang di sebalik insiden tersebut sedang dilaksanakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button