Dewan Perwakilan Thailand pilih PM baharu esok
BANGKOK – Dewan Perwakilan Thailand akan mengundi bagi memilih Perdana Menteri baharu, esok.
“Speaker telah menambah agenda khas bagi pemilihan segera perdana menteri di bawah Artikel 159 Perlembagaan,” menurut kenyataan Sekretariat Dewan.
Laporan media semalam menyebut, Perdana Menteri sementara, Phumtham Wechayachai dari parti Pheu Thai sudah mengemukakan dekri pembubaran Parlimen susulan gagal memperoleh majoriti bagi membentuk kerajaan.
Langkah itu dibuat selepas parti pembangkang, Parti Rakyat mengumumkan sokongan kepada ketua Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul, sebagai perdana menteri serta akan bersama dalam usaha membentuk pentadbiran baharu.
Bagaimanapun, media tempatan melaporkan dekri tersebut telah dikembalikan oleh Pejabat Majlis Privy atas alasan undang-undang.
Kekosongan kuasa berlaku sejak Jumaat lepas apabila Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra digugurkan Mahkamah Perlembagaan kerana melanggar etika.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








