DBKL gempur premis kendalian warga asing di Bukit Bintang
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur premis kendalian warga asing yang tidak mempunyai lesen perniagaan dalam Operasi KL Strike, baru-baru ini.
Operasi itu dijalankan di beberapa pusat membeli-belah di sekitar Parlimen Bukit Bintang.
DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan dilaksanakan susulan aduan yang diterima dari orang ramai.

“Hasil risikan selama beberapa hari di sekitar lokasi yang telah dikenal pasti, maka satu operasi telah diatur bagi memastikan kelancaran tindakan.
“Sebanyak enam buah premis kecantikan telah dikenakan tindakan tutup serta-merta di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976,” menurut kenyataan tersebut.
Selain itu, DBKL juga mengeluarkan 13 notis tawaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 atas pelbagai kesalahan yang berjaya dikesan semasa pemeriksaan dijalankan.
“DBKL kekal komited untuk memastikan pematuhan semua pihak terhadap peraturan yang ditetapkan.
“Justeru, tindakan serta pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan di lokasi-lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti demi menjaga ketenteraman awam dan kesejahteraan warga kota,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








