BERITA SEMASA

Dasar Gaji Progresif akan dimulakan Jun hingga Ogos tahun ini

KUALA LUMPUR – Penilaian impak projek rintis Dasar Gaji Progresif yang akan dilaksanakan September ini penting bagi memastikan ketersediaan dasar itu sebelum pelaksanaannya secara menyeluruh.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, projek rintis bagi Dasar Gaji Progresif pula akan dimulakan pada Jun hingga Ogos 2024.

Katanya, sehingga kini, terdapat empat Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan merentas kementerian dan agensi ditubuhkan dan sedang melaksanakan gerak kerja untuk memperincikan mekanisme pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.

“Ia merangkumi Jawatankuasa Kerja Pembangunan Dasar, Jawatankuasa Pembangunan Sistem, Jawatankuasa Peningkatan Kemahiran dan Produktiviti serta Jawatankuasa Kerja Panduan Kenaikan Gaji Tahunan.

“Tujuan utama Dasar Gaji Progresif adalah meningkatkan gaji pekerja sektor swasta secara sistematik bagi membolehkan ekonomi negara maju ke rantaian nilai yang lebih tinggi,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy di Parlimen hari ini.

Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis pada bulan Jun hingga Ogos depan.

Ia bakal melibatkan penyertaan 1,000 syarikat

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button