BERITA SEMASASUKAN

Dart JBPM raih kejayaan cemerlang di World Police & Fire Games 2025

BIRMINGHAM – Pasukan Dart Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengungguli beberapa acara dalam temasya World Police & Fire Games 2025 di Birmingham-Jefferson Convention Complex (BJCC), Amerika Syarikat.

Menurut JBPM, dua atlet negara berjaya menyumbang pingat dalam acara Men’s Single Cricket dan Women’s Single Cricket, sekali gus menambahkan lagi kilauan kejayaan buat kontinjen JBPM.

“PB Rosbaizuranie Bokun menghadiahkan pingat emas dalam acara Women’s Single Cricket, manakala PBK II Mamat Kilau Mohd Ismail berjaya meraih pingat perak dalam acara Men’s Single Cricket,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook.

Dart
Foto Facebook JBPM

Tambah JBPM, kejayaan itu membuktikan bahawa pasukan Dart JBPM bukan sahaja cemerlang dalam tugas hakiki menyelamat nyawa dan harta benda, malah turut gah mengharumkan nama Malaysia di arena sukan dunia.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua atlet JBPM! Teruskan membawa panji negara dengan penuh kebanggaan dan semangat juang yang tidak pernah luntur,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button