AGAMABERITA SEMASA

Dakwaan kepentingan Islam tergadai hanya agenda politik sempit – Dr Muhammad Razak

KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya kepentingan umat Islam dan orang Melayu tergadai, tidak dijaga, disekat serta terancam di era Kerajaan Madani disifatkan sebagai tidak berasas dan hanya bertujuan untuk meraih kepentingan politik sempit.

Setiausaha kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Muhammad Razak Idris, melahirkan rasa kesal apabila masih wujud pelbagai tohmahan di media sosial yang cuba memburukkan imej pentadbiran kerajaan pada masa ini.

“Saya berasa amat kesal kerana masih terdapat pelbagai tohmahan dan dakwaan dalam media sosial yang cuba menggambarkan seolah-olah kepentingan umat Islam dan orang Melayu tergadai, tidak dijaga, disekat serta terancam di era Kerajaan Madani,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Muhammad Razak, pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan menerusi kepemimpinan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar dalam memperkasa hal ehwal Islam di negara ini.

“Banyak gerak kerja di bawah pelan transformasi pentadbiran hal ehwal Islam sedang dan telah digerakkan di pelbagai peringkat dasar dan pelaksanaan sepanjang lebih dua tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, antara pencapaian utama yang diketengahkan termasuklah peningkatan peruntukan Belanjawan Madani 2025, penambahan 1,500 kuota guru KAFA, pemerkasaan Mahkamah Syariah serta kelulusan dua Rang Undang-Undang berkaitan pentadbiran undang-undang Islam di Dewan Rakyat.

Selain itu, Muhammad Raza berkata, pentadbiran hal ehwal halal kini lebih efisien, program tilawah dan pembangunan al-Quran serta Hadis terus diperkukuh, prasarana institusi pendidikan Islam terus dinaik taraf dan hubungan dengan dunia Islam semakin erat.

“Pencapaian-pencapaian ini membuktikan bahawa agenda pembangunan hal ehwal Islam berkembang pesat dan kukuh di era Kerajaan Madani di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Susulan itu, Muhammad Razak menyeru umat Islam agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas serta terus memperkukuh perpaduan dan mendokong kepimpinan negara dalam mendepani cabaran di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button