BERITA SEMASADALAM NEGERI

Siasatan dakwaan jatuhkan kerajaan perlu disiasat secara bebas tanpa kira kedudukan – AGC

KUALA LUMPUR – Siasatan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan serta mengganggu kestabilan negara perlu dilaksanakan secara menyeluruh, profesional dan bebas daripada sebarang campur tangan.

Menurut Jabatan Peguam Negara (AGC), sebarang tindakan atau perancangan yang berunsur menggugat ketenteraman awam, kestabilan politik dan keselamatan negara merupakan perkara serius kerana ia menyentuh asas sistem demokrasi berparlimen serta prinsip kedaulatan undang-undang.

“Mana-mana pihak yang didapati terlibat, sekiranya ada, hendaklah dipertanggungjawabkan menurut undang-undang tanpa mengira kedudukan atau latar belakang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pemakluman oleh AGC itu merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini berhubung siasatan yang dijalankan PDRM terhadap dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan serta mengganggu kestabilan negara.

Dalam pada itu, Jabatan Peguam Negara memberi jaminan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM bagi memastikan proses perundangan dilaksanakan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip kedaulatan undang-undang.

Sebarang keputusan berhubung pendakwaan, menurut kenyataan itu, akan dibuat secara bebas dan objektif berdasarkan fakta, keterangan serta pertimbangan undang-undang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button