BERITA SEMASA

Cikgu E meninggal dunia

IPOH – Pejuang kanser, Nassry Mardee Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu E menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Berita duka itu dimuat naik oleh anak sulungnya, Hakeem menerusi laman Facebook Allahyarham sebentar tadi.

“Nassry Mardee bin Ismail dah meninggalkan kita semua.

“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang yang beriman,” tulisnya.

Allahyarham dikenali ramai kerana ketabahan dan keikhlasannya menyebarkan semangat positif sepanjang perjuangan melawan tiga jenis penyakit kanser iaitu kanser buah pinggang, kelenjar dan paru-paru.

Beberapa hari lalu Allahyarham sempat
menitipkan pesanan terakhir yang sarat dengan kasih, reda dan keinsafan seolah-olah menyedari detik perpisahan semakin hampir kepada keluarganya.

Minggu lalu, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Pantai, Ipoh Perak selepas mengalami sesak nafas dan batuk berdarah yang teruk.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button