Bertenang, beri peluang FAM buat rayuan – Hannah
PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meminta semua pihak supaya bertenang kerana ruang buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara bagi membuat rayuan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) masih terbuka.
Beliau yang mengakui ‘berasa sedih’ dengan keputusan FIFA itu berkata, pihak kementerian akan sentiasa menjaga kebajikan setiap atlet yang mewakili Malaysia susulan tujuh pemain warisan tersebut turut digantung oleh FIFA selain dikenakan didenda.
“Keutamaan sekarang adalah untuk FAM lengkapkan proses rayuan perundangan FIFA dan antarabangsa sehingga selesai sepenuhnya.
“Kesan perkara ini bukan sahaja melibatkan tujuh pemain tetapi seluruh pasukan kebangsaan kita. Oleh itu, semua pihak perlu memastikan proses ini dijalankan dengan penuh integriti dan ketelusan demi nama baik Malaysia.
“Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya kekal komited untuk melindungi hak dan kebajikan semua atlet Malaysia tanpa mengira nama ada Azizul, Pearly, Thinaah, Pandelela, Gabriel atau Rodrigo,” katanya.
Hannah berkata demikian dalam satu hantaran di Instagram Storynya, hari ini.
Laporan media semalam menyebut, FAM dan tujuh pemain kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
FIFA dalam satu kenyataan memaklumkan, FAM didapati menyerahkan dokumen dipalsukan dalam urusan kesahihan kelayakan pemain bagi membolehkan mereka diturunkan dalam perlawanan rasmi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment