
Yayasan VFive sumbang 250 ekor lembu untuk ibadah korban
KUALA LUMPUR – Organisasi kebajikan di bawah naungan VFive Group Sdn Bhd, Yayasan VFive menyumbang sebanyak 250 ekor lembu bagi ibadah korban di seluruh Semenanjung.
Melalui kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masjid dan surau yang terpilih di setiap negeri, hasil korban tersebut akan disedekahkan kepada golongan yang memerlukan dengan jumlah keseluruhan sumbangan korban adalah sekitar RM1.4 juta.
Pengasas dan Pengerusi Yayasan VFive, Datuk Mohd Syafiq Abdullah menyifatkan sumbangan korban ini adalah salah satu usaha organisasi tersebut yang bertunjangkan matlamat untuk membantu masyarakat yang kurang bernasib baik.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana tahun ini kami dapat memperluaskan lagi sumbangan korban bagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Semoga dengan asbab ini semakin ramai lagi umat Islam dapat bersama-sama menerima manfaat dan merasai nikmat kemeriahan Aidiladha.

“Insya-Allah, kami di Yayasan VFive menyasarkan untuk melipatgandakan lagi
sumbangan korban Aidiladha ini di masa-masa akan datang. Mohon jasa baik anda semua untuk terus mendoakan kejayaan kami agar segala inisiatif-inisiatif kebajikan yang dirancang akan dapat direalisasikan”, tambahnya lagi,” katanya kepada Malaysia Tribune.
Dalam pada itu katanya, Yayasan VFive sememangnya memegang sepenuh keyakinan bahawa ibadah korban bukanlah semata-mata tentang penyembelihan tetapi juga merupakan wadah meningkatkan semangat berkongsi rezeki, keprihatinan dan ibadah kepada Allah SWT.
“Inilah prinsip yang menjadi pegangan Yayasan VFive dalam mengimarahkan sambutan Aidiladha kali ini,” katanya.
Bagi orang ramai ataupun mana-mana pihak yang ingin menjalinkan kerjasama atau mendapatkan informasi lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Yayasan VFive, boleh berbuat demikian dengan melayari laman media sosial Yayasan VFive serta menghubungi talian 011-33301889.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |