
Tarikh lihat anak bulan Syawal ditetapkan 30 Mac
PUTRAJAYA – Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun ini ditetapkan pada petang 30 Mac di 29 lokasi seluruh negara.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam satu kenyataan hari ini berkata, tarikh permulaan Syawal akan diumumkan pada malam itu juga menerusi radio dan televisyen.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang hari Ahad, 30 Mac 2025 Masihi bersamaan 29 Ramadan 1446 Hijrah,” kata kenyataan itu, hari ini.
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
LOKASI CERAPAN ANAK BULAN SYAWAL
Johor – Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian.
Melaka – Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara.
Negeri Sembilan – Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson.
Selangor – Baitul Hilal Bukit Melawati, Kuala Selangor; Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.
Perak – Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang, Manjong.
Pulau Pinang – Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh.
Kedah – Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Stesen Cerapan Hilal Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar.
Terengganu – Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar, Kuala Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Bukit Geliga, Kemaman; Stesen Cerapan Hilal Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Setiu.
Kelantan – Stesen Cerapan Hilal Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai; Stesen Cerapan Hilal Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu.
Sarawak – Pusat Falak Miri; Teluk Bandung, Kuching; Pusat Falak Bintulu.
Sabah – Balai Cerap Al-Biruni, Putatan.
Pahang – Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Stesen Cerapan Hilal Gunung Berincang, Cameron Highlands; Menara 188, Kuantan.
Wilayah Persekutuan – Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Perlis – Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |