
Qhiam perkenal ‘Sendja’ angkat warisan tradisi dalam arus moden
SHAH ALAM – Qhiam, jenama fesyen moden yang menggabungkan warisan tradisional Melayu dengan sentuhan kontemporari, kini melangkah lebih jauh dalam dunia fesyen dengan memperkenalkan sub-jenamanya, iaitu Sendja.
Mengulas mengenai Sendja, Sendja ialah jenama di bawah Qhiam yang lebih dinamik dan dicipta khusus bagi memenuhi cita rasa generasi muda, khususnya Generasi Z (Gen Z).
Dengan rekaan yang lebih berani, ekspresif dan dinamik, Sendja mempersembahkan fesyen kontemporari yang lebih segar serta inklusif merentas kaum dan budaya.
“Berbanding Qhiam yang berakar pada tradisi dengan suntikan moden, Sendja membawa dimensi yang lebih berwarna-warni dan mengikuti arus trend semasa tanpa meninggalkan nilai estetika yang berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam masa yang sama, Qhiam turut melancarkan Kempen Sama, yang menekankan kebersamaan dalam kepelbagaian fesyen serta warisan budaya yang dikongsi bersama.
Kempen Sama menekankan nilai kebersamaan dan bagaimana fesyen dapat menghubungkan individu dari pelbagai generasi dan latar belakang budaya.
Melalui kempen itu, Qhiam memperkenalkan beberapa koleksi utama yang menggabungkan elemen tradisional dan moden, seperti koleksi Tangsi yang menampilkan kurta dengan gaya kolar mandarin serta memberikan sentuhan klasik pada rekaan kontemporari.

“Koleksi Galur pula menggabungkan elemen warisan dengan potongan moden, mencerminkan perpaduan antara masa lalu dan masa kini. Koleksi Antara melambangkan pertemuan antara tradisi dan inovasi moden, menunjukkan bagaimana kedua-duanya dapat wujud harmoni dalam fesyen.
“Akhir sekali, Koleksi Temu diilhamkan oleh makna kebersamaan dan pertemuan semula, menekankan pentingnya hubungan dan komuniti dalam masyarakat,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, melalui kempen itu, Qhiam berharap dapat membawa revolusi dalam dunia fesyen perayaan dengan memberikan makna yang lebih mendalam dalam setiap helaian pakaian yang dihasilkan.
“Pendekatan ini tidak hanya menawarkan pakaian, tetapi juga menceritakan kisah tentang perpaduan, identiti dan nilai-nilai budaya yang kaya.
“Oleh sebab itu, Qhiam berusaha untuk menghubungkan individu melalui fesyen yang bermakna dan relevan dengan kehidupan moden,” katanya lagi.
Diasaskan oleh seorang usahawan yang berpengalaman dalam industri hijab dan tudung, Qhiam hadir sebagai jenama yang menawarkan pakaian perayaan seperti baju Melayu, baju kurung dan kurta moden dengan reka bentuk unik yang menggabungkan elemen tradisional dan moden.
“Qhiam bukan sekadar jenama pakaian, ia adalah satu pergerakan budaya yang memberi ruang kepada pemakainya untuk mengekspresikan diri melalui fesyen, warisan, inovasi,dan penceritaan yang berpusatkan komuniti,” ujarnya.
Dalam pada itu, duta dan jenama kolaborasi strategik Qhiam dengan bangganya memperkenalkan Noh Salleh sebagai duta jenama, seorang figura seni yang mewakili keberanian moden dan apresiasi terhadap budaya.

Qhiam turut membina reputasi yang kukuh dengan menjalin kolaborasi bersama beberapa personaliti terkenal yang mewakili pelbagai elemen budaya dan gaya, antaranya Amy Search, ikon rock legenda yang menggabungkan gaya klasik dengan pengaruh budaya yang abadi.
“Begitu juga dengan Iedil Putra, seorang pelakon dan pencerita tersohor yang memancarkan sofistikasi moden, mencerminkan kemewahan dan gaya yang sangat relevan dengan zaman sekarang.
“Selain itu, Leaism, penyanyi-penulis lagu serta trendsetter fesyen yang dikenali dengan gaya uniknya, turut terlibat dalam kolaborasi ini. Keperibadiannya yang menonjol dan impak budaya yang dibawanya memberikan dimensi segar kepada jenama Qhiam.
“Dalam dunia hiburan pula, Naim Daniel, penyanyi dan pelakon muda, turut membawa tenaga segar dan elemen edgy yang melambangkan semangat muda yang berani dan kreatif. Gabungan ciri-ciri ini mewujudkan pelbagai elemen berbeza yang menyemarakkan jenama Qhiam.
“Kolaborasi bersama komuniti kreatif turut diperhebatkan dengan penyertaan SneakerLAH, konvensyen kasut dan streetwear terbesar di Malaysia, yang memperkukuh hubungan jenama ini dengan fesyen urban.
“Seterusnya, Peak.KL, sebuah platform komuniti yang memperkasakan budaya jalanan dan ekspresi kreatif, turut menjadi rakan strategik dalam merancakkan perjalanan Qhiam dalam dunia fesyen moden,” katanya.
Kolaborasi strategik dengan ikon industri dan komuniti budaya jalanan membawa harapan jenama Qhiam akan menjadi lebih daripada sekadar fesyen, tetapi satu jenama gaya hidup yang menghubungkan pelbagai generasi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |