
Nora akui bakal bercerai, akur permintaan anak tiri
KUALA LUMPUR – Pelantun lagu Hanya Satu, Datuk Nora Ariffin mengejutkan ramai pihak apabila membuat pengakuan bakal bercerai dengan suaminya, Dr. Rushdi Ramli buat kali kedua.
Melalui satu perkongsian di Instagram Story (IGs) beliau malam tadi, Nora mengakui keputusan berpisah itu dibuat bagi memenuhi permintaan anak tirinya.
Nora juga berharap keputusan yang diambil itu dapat menghentikan segala kecaman serta tohmahan yang diterimanya di media sosial.

“Saya mohon maaf menerima lamaran dan berkahwin secara sah dengan Ustaz Rushdi. Selepas didesak untuk ceraikan saya, ustaz kembali rujuk kepada saya.
“Maaf sebab terima dan rujuk kembali. Saya akan penuhi permintaan Alia dari dulu lagi untuk kami bercerai. Insya-Allah, Ustazah Rose akan kembali monogami seperti yang diinginkan.
“Saya sedang memujuk ustaz untuk ceraikan saya buat kali kedua supaya tiada kata-kata fitnah, caci maki, hasut menghasut masyarakat membenci dan memburukkan nama saya dalam media sosial,” tulis penyanyi itu.
Tambahnya, beliau telah memadam semua gambar bersama suami di akaun Instagram.
Tahun lalu, Nora pernah menggemparkan para peminatnya apabila memuat naik video berdurasi 52 saat yang memperlihatkan Rushdi melafazkan talak satu terhadapnya pada 12 Ogos 2024.
Namun, pasangan itu dilaporkan telah rujuk semula pada 14 September 2024.
Nora dan Rushdi mendirikan rumah tangga pada tahun 2021, empat tahun selepas pemergian suaminya, Allahyarham Johan Nawawi.
Allahyarham yang merupakan seorang komposer terkenal meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |