BERITA SEMASA

Lebih 2,000 hadir meriahkan Karnival Kita MADANI peringkat WP

KUALA LUMPUR – Lebih 2,000 pengunjung hadir pada Karnival Kita MADANI Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di IWK Eco Park, Lembah Pantai, di sini hari ini

Dirasmikan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) itu diadakan bertujuan mendekati masyarakat setempat melalui pengisian santai yang mengetengahkan isu-isu semasa, dasar serta inisiatif kerajaan, dan mesej-mesej kenegaraan berteraskan konsep Malaysia MADANI.

Hadir sama, Ketua Pengarah JAPEN, Julina Johan dan juga Ketua-ketua Komuniti MADANI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Antara pengisian menarik dianjurkan termasuk taklimat Kempen Internet Selamat (KIS), Jualan RAHMAH dan Agro MADANI, pertandingan sukan rakyat, pertandingan mewarna kanak-kanak, fun walk dan juga reruai pameran yang disertai 21 jabatan dan agensi kerajaan.

Selain itu, orang ramai turut dapat menikmati tawaran diskaun saman trafik di reruai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pembaharuan lesen memandu serta cukai jalan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam program yang sama, Fahmi turut menyampaikan sumbangan BAKTI@Komuniti MADANI kepada penduduk kawasan Lembah Pantai.

Program Bersama Aktifkan Kesukarelawanan Teras Inpirasi (BAKTI) merupakan pendekatan baharu bagi menyuburkan semangat kesukarlawanan menerusi penyertaan aktif komuniti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button