BERITA SEMASASUKAN

Amorim sedia angkat kaki dari United tanpa pampasan

LONDON – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim menyatakan kesediaannya untuk meninggalkan kelab itu tanpa menuntut sebarang pampasan sekiranya pemilik dan penyokong tidak lagi yakin dengan kemampuannya.

Amorim yang kecewa selepas kekalahan 1-0 kepada Tottenham Hotspur dalam perlawanan akhir Liga Europa, menyifatkan keputusan itu sebagai kegagalan besar untuk menyelamatkan musim suram United.

Menurut Amorim, kekalahan itu sukar diterima kerana percaya pasukannya bermain lebih baik berbanding lawan.

“Saya tiada apa-apa untuk ditunjukkan kepada penyokong, jadi buat masa ini hanya sedikit kepercayaan yang diperlukan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan awal pagi tadi.

Baca juga : Amorim akui miliki pasukan terburuk dalam sejarah United

Tegas Amorim, prinsip serta kaedah kejurulatihannya tidak akan diubah walaupun berdepan tekanan.

“Saya sentiasa terbuka. Jika lembaga dan penyokong rasa saya bukan orang yang sesuai, saya akan pergi keesokan harinya tanpa membincangkan soal pampasan. Tapi saya tidak akan berhenti dengan sendiri,” katanya.

Kenyataan Amorim itu sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai masa depannya bersama United yang terus bergelut untuk bangkit sejak beberapa musim lalu.

Baca juga : Perlawanan sulung Amorim dengan United berakhir hambar

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button