LUAR NEGARA

Bekas Presiden Bolivia dakwa terselamat cubaan bunuh

LA PAZ, Bolivia – Bekas Presiden Bolivia, Evo Morales semalam membuat dakwaan beliau terselamat daripada satu cubaan membunuhnya.

Laporan agensi Anadolu memberitahu, Morales turut berkongsi satu video di akaun media sosialnya yang kelihatan menunjukkan kesan tembakan pada keretanya serta seorang pemandu yang cedera.

Morales mendakwa insiden itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan untuk mengendalikan program tetap hari minggunya.

Setibanya di satu lokasi ketika dalam perjalanan, empat individu bertopeng berpakaian serba hitam dan bersenjata keluar daripada dua kenderaan dan mula melepaskan tembakan.

Serangan yang didakwa itu berlaku di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin memuncak di Bolivia, dengan Morales yang memimpin negara itu dari 2006 hingga 2019, sedang menggerakkan penyokongnya selepas dihalang daripada bertanding semula dalam pilihan raya akan datang berikutan keputusan mahkamah perlembagaan.

Pihak berkuasa Bolivia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button