JENAYAH & MAHKAMAH

Bas rempuh treler, 40 penumpang nyaris maut

REMBAU – Seramai 40 penumpang berdepan detik cemas dan nyaris maut selepas bas yang mereka naiki merempuh belakang treler di (KM) 236.3, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.48 pagi.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota tiba di lokasi kejadian pada pukul 4.17 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat yang melanggar bahagian belakang sebuah lori treler,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Tambahnya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melaporkan seorang pemandu lelaki dewasa tersepit di tempat duduk.

“Kerja-kerja menyelamat telah berjaya dilaksanakan manakala 40 orang penumpang bas selamat dan telah keluar sendiri sebelum ketibaan PKO di lokasi,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button