BERITA SEMASA

Bantuan Awal Persekolahan diagih lebih awal mulai tahun depan – Fadhlina

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang untuk mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) lebih awal bermula tahun depan susulan rungutan ibu bapa berhubung bantuan tahun itu yang hanya akan diagihkan pada minggu pertama persekolahan.

Mengambil maklum perkara tersebut, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian akan terus melakukan penambahbaikan dan mengambil saranan tersebut secara serius.

“Kebetulan tahun ini kita baru mulakan sesi persekolahan di Januari. Jadi memang ada sedikit rungutan yang kita terima.

“Saya ingat mulai tahun hadapan kita akan terus perbaiki dan saranan itu kita ambil secara serius, maknanya ia diberikan lebih awal untuk persiapan dilakukan lebih awal,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 di kementeriannya, hari ini.

Baca juga : KPM umum penyaluran geran bagi perkukuh ekosistem pendidikan 2026

Sehubungan dengan itu, Fadhlina berharap ibu bapa dapat memanfaatkan bantuan sejumlah RM150 untuk membeli keperluan sekolah.

Bantuan tunai secara sekali bayar berjumlah RM150 itu disalurkan kepada 5.2 juta murid sebagai satu inisiatif kerajaan bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button