BERITA SEMASA

Bantuan Awal Persekolahan dinaikkan kepada RM200 setiap murid, 5.3 juta murid layak terima

KUALA LUMPUR – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dinaikkan kepada RM200 bagi setiap murid bagi membantu keluarga membuat persiapan untuk sesi persekolahan 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan bantuan itu membolehkan keluarga yang mempunyai empat orang anak menerima keseluruhan RM800 bagi menampung keperluan persekolahan mereka.

Menurut beliau, seramai 5.3 juta murid layak menerima bantuan berkenaan dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1 bilion.

Beliau berkata, bantuan itu akan disalurkan di sekolah bagi memudahkan proses penerimaan oleh murid dan ibu bapa.

Melalui kaedah tersebut, ibu bapa juga berpeluang hadir ke sekolah untuk bertemu sendiri dengan guru, sekali gus mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Langkah itu mencerminkan kepentingan tanggungjawab bersama antara ibu bapa dan guru dalam memastikan kemajuan akademik serta pembentukan sahsiah anak-anak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button