Banjir: Johor, Pahang, Melaka catat 50,499 mangsa, 311 PPS masih dibuka
KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang, dan Melaka masih berada di paras tinggi iaitu 50,499 orang walaupun berlaku penurunan daripada 55,000 orang yang direkodkan sejak malam tadi.
Menurut laporan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 8 pagi hari ini, sebanyak 311 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka bagi mangsa banjir.
Johor masih mencatatkan jumlah mangsa banjir yang tertinggi iaitu membabitkan 46,916 orang terdiri daripada 13,511 keluarga ditempatkan di 284 PPS.
Dalam pada itu, Pahang pula merekodkan jumlah mangsa seramai 3,029 orang terdiri daripada 860 keluarga yang ditempatkan di 21 PPS.
Sementera itu, di Melaka pula, enam PPS dibuka dan menempatkan seramai 554 mangsa daripada 150 keluarga.
Dalam perkembangan lain, banjir di Selangor dan Negeri Sembilan dilaporkan pulih sepenuhnya malam tadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








