SUKAN

Arsenal buka musim dengan kemenangan tipis di Old Trafford

MANCHESTER – Arsenal memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan langkah kanan selepas menewaskan Manchester United 1-0 di Old Trafford awal pagi tadi.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan pertahanan baharu, Riccardo Calafiori pada minit ke-13 apabila tandukannya hasil sepakan penjuru Declan Rice menewaskan benteng tuan rumah yang diketuai William Saliba, sekali gus memperdaya penjaga gol United, Altay Bayindir.

Aksi itu turut menyaksikan beberapa pemain membuat penampilan sulung bersama kelab baharu masing-masing. Arsenal menurunkan penyerang baharu Viktor Gyokeres dalam kesebelasan utama, manakala Benjamin Sesko membuat debut untuk United selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Turut mencuri tumpuan ialah Matheus Cunha, Bryan Mbeumo, Noni Madueke dan Martin Zubimendi.

United hampir menyamakan kedudukan menerusi percubaan berbahaya Cunha dan Mbeumo, namun kedua-duanya berjaya ditepis penjaga gol Arsenal, David Raya. Malah, percubaan kencang Patrick Dorgu juga hanya sekadar singgah di tiang gol.

Bagi Arsenal, kemenangan ini dianggap cukup bermakna walaupun permainan mereka tidak begitu meyakinkan sepanjang 90 minit.

Tiga mata penuh yang diraih memberi suntikan semangat dan meletakkan pasukan bimbingan Mikel Arteta di landasan positif untuk musim baharu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button