BERITA SEMASA

Anggota polis ditemukan mati di tandas R&R

NILAI – Seorang anggota polis ditemukan mati di sebuah tandas hentian rehat dan rawat (R&R) lebuh raya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 5.45 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati anggota polis berusia 25 tahun dan sudah berkahwin dijumpai mati di dalam tandas.

“Mangsa adalah anggota polis yang bertugas di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Malik berkata, Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan membantu melakukan siasatan di tempat kejadian dan mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi pihak polis dan dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dijalankan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button