Akibat jangkitan paru-paru, Rani Kulup ditidurkan di HUKM
CYBERJAYA – Aktivis, Abdul Rani Kulup Abdullah difahamkan sedang dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) setelah disahkan mengalami jangkitan bakteria pada paru-paru.
Menurut sahabatnya, Mejar (B) Razali Zakaria, Abdul Rani dimasukkan ke hospital berkenaan petang tadi sebelum pihak perubatan mengambil keputusan untuk menidurkannya bagi tujuan rawatan rapi.
Dalam hantaran di Facebook, Razali turut menitipkan doa supaya Abdul Rani diberi kesembuhan segera.
“Marilah kita berdoa kepada sahabat kita yang baik ini telah ditidurkan di HUKM. Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan buat sahabatku Abdul Rani Kulup Abdullah.
“Angkatlah kesakitannya, permudahkanlah segala urusan rawatannya dan kembalikanlah kekuatannya seperti sediakala. Amin,” kongsi beliau di Facebook, hari ini.
Abdul Rani, 70, yang turut dikenali sebagai Ayahanda Rani Kulup atau Raja Report Malaysia, mula dikenali lebih sedekad lalu selepas aktif membuat laporan polis berkaitan pelbagai isu semasa yang melanda negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



