LUAR NEGARA

Ahli Kongres perkenal RUU batalkan pasport warga AS kritik Israel

WASHINGTON – Seorang ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan rang undang-undang (RUU) yang memberi kuasa kepada Setiausaha Negara untuk membatalkan pasport warganegara AS yang mengkritik Israel secara terbuka.

RUU tersebut dicadangkan Ahli Kongres Florida, Brian Mast, yang juga pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan dan juga seorang penyokong kuat Israel.

Jika diluluskan, RUU tersebut memberikan kuasa kepada Setiausaha Negara, Marco Rubio untuk membatalkan pasport warganegara AS dengan cara sama beliau membatalkan kad hijau dan visa warga asing di AS kerana mengkritik Israel, lapor The Cradle.

Pada Mac lalu, Rubio membatalkan visa seorang pelajar kedoktoran dari Turki, Rumeysa Ozturk, selepas beliau menulis rencana pendapat yang mengkritik Israel dalam akhbar pelajar Universiti Tufts, tahun lepas.

Tulisan Ozturk itu tidak menyebut Hamas, tetapi menyeru boikot dan penjualan aset daripada Israel.

Pada Mac lalu, Setiausaha Negara Rubio membatalkan visa pelajar kedoktoran dari Turki, Rumeysa Ozturk, selepas beliau menulis rencana pendapat yang mengkritik Israel dalam akhbar pelajar Universiti Tufts pada 2024.

Salah satu seksyen dalam rang undang-undang tersebut memberi kuasa kepada Setiausaha Negara untuk menolak permohonan pasport kepada individu yang didapati “secara sedar membantu, menyokong, bersekongkol, atau menyediakan sokongan material kepada mana-mana organisasi yang telah ditetapkan sebagai organisasi pengganas asing.”

Rujukan kepada “sokongan material” menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pejuang kebebasan sivil kerana ia terlalu umum dan boleh ditafsirkan merangkumi ucapan serta aktivisme anti-perang.

Peruntukan berhubung sokongan material kepada keganasan itu memberi ancaman khusus kepada wartawan, menurut The Intercept.

Pada 2023, Senator Tom Cotton dari Arkansas menuntut Jabatan Kehakiman menjalankan “siasatan keselamatan negara” terhadap AP, CNN, The New York Times, dan Reuters selepas penerbitan foto diambil jurugambar bebas ketika serangan Hamas ke atas penempatan dan pangkalan tentera Israel pada 7 Oktober 2023.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button