BERITA SEMASA

Agong ingatkan umat Islam berwaspada, tidak terpengaruh ajaran sesat

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini diingatkan sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat atau fahaman yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bertitah, penularan ajaran dan fahaman yang menyimpang kini semakin membimbangkan khususnya melalui platform media sosial.

Terdahulu, menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda hari ini berkenan menerima menghadap Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Ali.

Pada pertemuan itu, Yahya mempersembahkan kepada Sultan Ibrahim mengenai usaha-usaha JAINJ dalam membanteras ajaran sesat di Johor, termasuk langkah pemantauan terhadap cubaan menyebarkan (ajaran sesat) terutamanya mereka dari luar Johor.

Sultan Ibrahim turut bertitah agar umat Islam sentiasa meningkatkan ilmu agama, memperkukuh kefahaman serta mengamalkan nilai-nilai Islam yang sebenar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button