BERITA SEMASABISNES & EKONOMIGAYA HIDUP

Arora Beauty Spa lancar lima cawangan serentak, tawar rawatan kulit profesional

SETIA ALAM – Arora Beauty Spa melancarkan lima cawangan secara serentak di seluruh Malaysia, menandakan satu pencapaian besar dalam usaha menawarkan pengalaman penjagaan kulit wajah profesional bertaraf antarabangsa.

Pengasas Arora Skincare, Shahirra Shahrul Asmawi, menyifatkan pembukaan serentak lima cawangan di Setia Alam, Ipoh, Seri Manjung, Seberang Jaya dan Cyberjaya sebagai langkah positif untuk mengembangkan lagi jenama serta mendekatkan diri kepada pelanggan.

“Kami ingin memberi peluang kepada pelanggan mencuba produk sambil menjalani analisis kulit wajah dan rawatan spa yang bersesuaian,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran spa itu di sini, semalam.

Arora Beauty
Pembukaan serentak lima cawangan Arora bukti jenama tempatan mampu bersaing setanding standard antarabangsa.

Beliau menekankan bahawa produk Arora terkenal dengan keberkesanan tinggi dan menggunakan bahan semula jadi yang telah melalui proses penyelidikan dan ujian makmal (R&D).

Antara produk utama jenama itu ialah ampoule, sabun pencuci, dan pelindung kulit yang dirumus khusus untuk pelbagai masalah kulit wajah.

“Melalui Arora Beauty Spa, pelanggan boleh menikmati rawatan profesional yang lebih mendalam, termasuk analisis kulit menggunakan face analyzer machine serta rawatan disesuaikan mengikut jenis kulit.

“Pendekatan ini membolehkan pelanggan memahami dan menjaga kulit wajah mereka dengan lebih tepat, bukan sekadar membeli produk,” tambahnya.

Shahirra berkata, konsep spa ini berbeza daripada spa konvensional yang sering mengikat pelanggan dengan pakej mahal. Di Arora, pelanggan diberi pilihan servis mengikut keperluan kulit dan bajet tanpa paksaan, pendekatan yang mendapat sambutan positif ramai.

Majlis pelancaran turut dimeriahkan kehadiran selebriti terkenal Izara Aishah dan Dr Muhamad Hazwan Nazri atau lebih dikenali sebagai Dr1 Share, dengan kedua-duanya memuji teknologi rawatan Arora yang setanding dengan standard antarabangsa.

Arora Beauty
Dari produk semula jadi kepada rawatan spa mendalam, Arora Beauty Spa bawa pengalaman penjagaan kulit wajah holistik terus ke tangan pelanggan.

Izara berkongsi bahawa pengasas Arora sentiasa terlibat secara langsung dalam pembangunan produk dan perkhidmatan spa, dan beliau sendiri hadir untuk mencuba produk buat pertama kali.

“Ini yang membuatkan saya tertarik. Saya pakai produk-produk ini hari ini untuk pertama kali dan akan beri maklum balas dengan jujurnya. Kalau bagus kita cakap bagus, kalau tak bagus kita cakap tak bagus,” katanya.

Izara menambah, sebagai artis yang selalu memakai solekan tebal, beliau menghadapi kesukaran mencari produk yang sesuai untuk kulitnya.

“Saya harap skincare Arora ini sesuai dengan kulit saya. Produk dia cepat dan berkesan, itu yang saya cari kerana saya mahu kulit cepat pulih. Saya memang ada masalah kulit,” ujarnya.

Selain itu, Arora turut merancang menembusi pasaran antarabangsa termasuk Singapura, Brunei, Indonesia dan Nigeria, sebagai bukti keyakinan luar terhadap produk dan perkhidmatan buatan Malaysia.

Sempena pelancaran lima cawangan ini, Arora Beauty Spa menawarkan baucer eksklusif bernilai RM175 kepada 100 pelanggan pertama sehingga 28 Februari bagi memberi peluang merasai pengalaman rawatan premium dengan nilai istimewa.

Pembukaan serentak lima cawangan ini menunjukkan bahawa jenama tempatan bukan sahaja mampu bersaing dalam industri kecantikan yang kompetitif, tetapi juga berkembang dengan standard penjagaan kulit wajah setanding perkhidmatan antarabangsa, sekali gus memperkukuh posisi Malaysia dalam arena kecantikan serantau.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi di aroraskincarehq.com.my atau WhatsApp ke 017-993 7769.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button