BERITA SEMASA

[VIDEO] Insiden Sungai Jernih: MCMC siasat lebih 40 akaun media sosial selit unsur perkauman

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat lebih 40 akaun media sosial yang dipercayai menyebarkan kandungan berunsur perkauman secara terselaras susulan penularan video insiden di Sungai Jernih, Kajang.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dalam tempoh 24 jam lalu tular satu berita yang mendakwa seorang ‘gengster India’ mencederakan tuan tanah Melayu, dengan naratif tersebut diselitkan elemen perkauman bagi membangkitkan sentimen awam.

Kandungan dalam talian
Fahmi Fadzil.

Menurutnya, penelitian mendapati kebanyakan hantaran menggunakan video dan ayat sama, sekali gus menunjukkan wujud unsur coordinated inauthentic behaviour iaitu penyebaran maklumat secara terselaras dengan niat mempengaruhi persepsi masyarakat.

“Sehingga pukul 10 pagi tadi, MCMC mengenal pasti lebih 40 akaun di Facebook dan hampir 10 akaun di TikTok terlibat dalam penyebaran ini.

“Siasatan sedang dijalankan dan sebarang cubaan mengapikan sentimen perkauman tidak akan diterima. Tindakan tegas akan diambil,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut merujuk laporan New Straits Times minggu lalu berhubung kewujudan akaun yang aktif menyebarkan maklumat dan komen tertentu ketika siaran langsung sidang Parlimen.

@malaysiatribune

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, insiden yang mulanya didakwa melibatkan kumpulan gangster India yang mencederakan pemilik tanah berbangsa Melayu telah ditularkan dengan mesej terselit unsur perkauman. Justeru, MCMC telah mengenal pasti lebih 40 akaun yang terlibat menyebarkan hantaran seumpama itu untuk diambil tindakan. malaysiatribune trendingnewsmalaysia sungaijernihkajang kajang mcmc #fahmifadzil

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Hasil siasatan terkini MCMC mendapati 19 akaun dipercayai palsu terlibat dalam aktiviti penyebaran terselaras tersebut, dengan dua daripadanya telah disahkan palsu manakala siasatan lanjut masih diteruskan terhadap baki akaun lain.

Fahmi menegaskan, perkara itu telah dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha menggugat keharmonian kaum serta kestabilan negara melalui manipulasi media sosial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button