UM siasat dakwaan pensyarah kanan dikaitkan dengan Freemason
KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan yang tular di media sosial mengaitkan seorang pensyarah kanan institusi itu dengan gerakan Freemason.
Dalam satu kenyataan hari ini, UM memaklumkan pihaknya menyedari dakwaan berkenaan dan sedang menjalankan penelitian menyeluruh bagi memahami isu yang dibangkitkan.
Menurut universiti itu, siasatan akan dilaksanakan secara adil dan telus, selaras dengan undang-undang serta peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa di peringkat universiti.

“Orang ramai dinasihatkan agar memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan ini dan mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan.
“Langkah ini penting demi menjaga integriti siasatan serta privasi semua pihak yang terlibat,” katanya.
Dalam pada itu, UM turut menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap perkara ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





















