BERITA SEMASA

[VIDEO] Lebihan makanan dibasuh bukan untuk dijual, tapi kitar semula sebagai makanan haiwan – Pemilik restoran

SEREMBAN – Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A. Bakar hari ini tampil menolak dakwaan restoran miliknya mengitar semula hidangan dengan membasuh bahan makanan yang tidak habis dijual untuk dimasak semula bagi jualan keesokannya.

Beliau menjelaskan, bahan makanan itu dibasuh bagi dibersihkan sebelum dilupuskan dengan dikitar semula sebagai makanan haiwan.

“Barang pelupusan ini memang tak boleh dimakan manusia. Ia hanya untuk haiwan. Kita bersihkan sebab tak mahu beri dalam keadaan busuk. Walaupun untuk haiwan, kita tak boleh hina macam tu,” katanya dalam satu sidang media, di sini hari ini.

cuci
Tangkap layar video tular menunjukkan seorang lelaki didakwa pekerja restoran nasi kandar berkenaan sedang mencuci lebihan makanan yang didakwa untuk dimasak semula dan dijual kepada pelanggan.

Bagi tujuan itu, katanya, beliau mendapat kerjasama daripada seorang pencinta haiwan, Manikandan Krisnansamy yang turut hadir dalam sidang media tersebut.

Menurut Manikandan, beliau sudah lebih tiga tahun mengambil sisa makanan tersebut untuk dilupuskan sebagai makanan haiwan.

“Saya ambil makanan pelupusan ini untuk haiwan liar seperti kucing, burung dan tikus. Saya minta pihak restoran basuh daging supaya tak berminyak kerana haiwan boleh kena penyakit.

“Setiap malam saya kutip selepas tengah malam. Bukan untuk manusia, hanya untuk haiwan,” katanya sambil menambah, aktiviti sedemikian sudah dilakukannya sejak selepas PKP.

Mengulas mengenai video yang tular di media sosial, Fadzil berkata tindakan merakam dan menyebarkan tanpa berbincang terlebih dahulu secara langsung telah menjejaskan reputasi perniagaan miliknya.

BACA JUGA:
Jabatan Kesihatan NS siasat dakwaan restoran nasi kandar cuci sisa makanan untuk dijual semula
Restoran didakwa basuh lebihan makanan untuk dijual semula diarah tutup 14 hari

“Mustahil barang yang hendak dilupuskan kita masak semula untuk pelanggan. Kita dah berniaga lama, perkara itu memang tak masuk akal. Ini satu penganiayaan terhadap perniagaan kami.

“Sebagai pelanggan, orang berhak mengadu. Tapi cara itu tak kena. Patut tanya pihak pengurusan dulu, bukan terus viralkan sampai rosakkan perniagaan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akur dengan siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah membuat laporan polis.

“Apa pun keputusan KKM, kita terima. Ini berkaitan kesihatan. Kalau salah, kita akur,” tambahnya lagi.

@malaysiatribune

Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A. Bakar hari ini tampil menolak dakwaan restoran miliknya mengitar semula hidangan dengan membasuh bahan makanan yang tidak habis dijual untuk dimasak semula bagi jualan keesokannya. #malaysiatribune #beritasemasa

♬ Pressure Is On – At The Studios

Laporan media sebelum ini menyebut, tular di media sosial video menunjukkan lelaki didakwa pekerja di restoran berkenaan sedang membasuh lebihan makanan.

Ketika ditanya oleh perakam, lelaki itu mendakwa makanan itu akan dimasak bagi jualan keesokan harinya.

Susulan penularan video berkenaan, premis berkenaan diarahkan tutup selama 14 hari berkuatkuasa 3 Februari susupaln pemeriksaan anggota Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button