BERITA SEMASA

Restoran didakwa basuh lebihan makanan untuk dijual semula diarah tutup 14 hari

SEREMBAN – Pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) mengarahkan restoran nasi kandar di sini yang didakwa membasuh lebihan makanan untuk digunakan keesokan harinya, ditutup selama 14 hari.

Menurut JKNNS dalam satu kenyataan hari ini, premis berkenaan diarahkan tutup berkuat kuasa 3 Februari hingga 17 Februari.

“JKNNS mengambil maklum aduan yang tular di media sosial mengenai pengendali makanan sebuah restoran yang mencuci saki baki makanan seperti daging ayam, daging kambing dan tauhu dari lebihan masakan yang tidak habis dijual untuk dimasak semula pada keesokan hari.

“Jabatan telah menjalankan siasatan terhadap restoran berkaitan dan pemilik telah dikenakan tindakan penguatkuasaan serta diarahkan penutupan premis di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan pengeluaran notis kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya dalam tersebut, hariini.

Menurutnya, pihaknya memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan.

Justeru, orang ramai terutama pemilik, pengusaha dan pengendali makanan diwajibkan untuk memastikan aspek keselamatan makanan terjaga.

“Pengabaian ke atas aspek kebersihan dan keselamatan makanan boleh menyebabkan kejadian keracunan makanan,” katanya.

Laporan media semalam menyebut, tular di media sosial video menunjukkan lelaki didakwa pekerja di restoran berkenaan sedang membasuh lebihan makanan.

Ketika ditanya oleh perakam, lelaki itu mendakwa makanan itu akan dimasak bagi jualan keesokan harinya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button