BERITA SEMASA

20 langkah disyor SPRM kepada DBKL perkukuh tatakelola

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 langkah penambahbaikan dicadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memperkemas tatakelola dan menutup ruang ketirisan melibatkan lima isu utama di agensi berkenaan.

Menurut SPRM, lima isu tatakelola dikenal pasti di DBKL melibatkan pengurusan pelaksanaan projek penerbitan kandungan siaran Studio Radio (Bahan Kreatif) serta tadbir urus Kejohanan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia 2023 (SUKANUN Ke-12).

“Isu yang turut diberi tumpuan adalah pengurusan dan pengagihan tapak Bazar Ramadan dan Aidilfitri, pengurusan kutipan sewa bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).

“Penambahbaikan turut disarankan terhadap pengurusan dan pemantauan kontrak pelaksanaan perkhidmatan pengurusan pelbagai lesen perniagaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, syor berkenaan dibentangkan oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM hasil pemerhatian dan siasatan yang dijalankan terhadap prosedur sedia ada.

Susulan cadangan berkenaan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud, menyambut baik langkah tersebut, yang disifatkannya sebagai usaha penting bagi memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan serta meningkatkan kecekapan dan integriti DBKL.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button