UMNO Johor tegas tolak pelawaan iktiraf UEC
JOHOR BAHRU – UMNO Johor menegaskan pendirian menolak gesaan supaya parti itu menyokong usaha Kerajaan Madani mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), seperti yang dibangkitkan oleh kepimpinan DAP.
Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah berkata, pelawaan tersebut tidak mendapat sokongan dan jawapan parti itu adalah jelas serta muktamad.
“DAP berharap UMNO Johor bersama-sama Kerajaan Madani meneruskan usaha pengiktirafan UEC. Jawapan saya ringkas, tidak,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merangkap Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali yang sebelum itu menyuarakan harapan agar UMNO Johor menyokong langkah mengiktiraf UEC di bawah pentadbiran kerajaan sedia ada.
Sheikh Umar menegaskan pendirian DAP berhubung UEC tidak pernah berubah sama ada ketika menjadi pembangkang mahupun kerajaan malah perkara itu turut dimasukkan dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum 2018.
Menurutnya, usaha awal ke arah pengiktirafan UEC pernah dimulakan ketika PH membentuk kerajaan, namun terhenti selepas kejatuhan kerajaan pada 2020 susulan Langkah Sheraton.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















